Menara
Condong Teluk Intan merupakan tarikan utama yang menjadi mercu tanda bandar
Teluk Intan, Perak. Justeru, dalam program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada
16 hingga 18 Ogos 2014 yang lalu, kami juga berkesempatan untuk singgah melihat
sendiri dan menghargai keunikan senibina
Menara Condong Teluk Intan yang bersejarah ini.
Sejarah Menara Condong Teluk Intan, Perak
Sejarah Menara Condong Teluk Intan yang memiliki ketinggian 85
kaki dengan 110 anak tangga ini telah dibina pada tahun 1885 dan masih teguh
berdiri walaupun telah menjangkau usia lebih 100 tahun. Ia sebenarnya merupakan
tangki air untuk bekalan air bersih serta sebagai persediaan sekiranya berlaku
kemarau atau kebakaran. Selain itu, ia dilengkapi dengan jam sebagai penentu waktu serta pernah
berperanan sebagai penunjuk arah kapal-kapal ke Teluk Anson. Bandar ini telah
bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan berkuatkuasa 1 Januari 1982.
Menara unik dengan senibina berbentuk pagoda ini mempunyai
3 tingkat walaupun kelihatan seperti 8 tingkat dari luar. Ia pada asalnya
didirikan tegak oleh arkitek bernama Leong Choon Chong seperti mana
bangunan-bangunan yang lain. Namun ia mula condong setelah berlakunya banjir
besar pada tahun 1889 dan 1895 yang menenggelamkan menara tersebut. Antara faktor lain
yang turut menyumbang kecondongan adalah disebabkan ianya didirikan di atas struktur tanah
yang lembut serta dipengaruhi dengan bebanan tangki menakung air di menara
tersebut.
Menara Condong Teluk Intan ini sudah tidak lagi
digunakan dan kini hanya menjadi ‘landmark’ tarikan pelancong yang mengunjungi Bandar
Teluk Intan, Perak.
its preety cool
ReplyDeleteaku malaysia