Kemahiran bertutur merupakan proses bertutur juga melibatkan proses mental seperti memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi.
KONSEP BERTUTUR:
1. melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.
2. seoranng penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan.
3.bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.
4.semasa individu bertutur ia akan menghasilkan bunyi bahasa(intonasi, tekanan,sebutan, dan jeda)
ASPEK-ASPEK PERTUTURAN:
1. Sebutan
-mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat.
2. Tekanan
-cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada suku kata atau perkataan atau rangkai kata bagi tujuan penegasan.
3. Mora
-harakat(arab)
-tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu.
4. Jeda
-hentian sementara yang membezakan makna.
5. Intonasi
-menaik, menurun, mendatar yang berbeza-beza mengikut jenis ayat.
6. Nada
-dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik.
7. Tatabahasa
-aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa(fonologi, sintasksis, sematik)
8. Kelancaran
-keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan.
No comments:
Post a Comment