Thursday, September 10, 2015

Keperluan memanaskan badan sebelum menyertai aktiviti fizikal yang lasak.

Memanaskan badan atau warming-up merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat lagi. dalam kata lain perkataan warm-up merupakan komponen pentig sebelum melakukan sesuatu latihan. beberapa jenis aktiviti yang berkaitan dengan memanaskan badan ialah aktiviti seperti regangan(streching), kelenturan (flexibility), kalistenik dan sebagainya. Antara tujuan memanaskan badan ialah:

1. menyediakan otot-otot
tubuh badan tidak melakukan sebarang aktiviti akan menyebabkan otot tidak bekerja serta tidak aktif bagi melakukan aktiviti yang lebih mencabar. sehubungan dengan itu, melalui aktiviti warm-up, ia akan menyediakan otot-otot tersebut kepada aktiviti seterusnya.

2. melonggarkan otot-otot yang tegang
otot yang tidak melakukan sebarang aktiviti pada kebiasaannya berada dalam situasi tegang. melalui aktiviti memanaskan badan maka sudah tentu otot akan menjadi kendur dan seterusnya mudaj untuk melakukan aktiviti seterusnya.

3. mengelakkan kecedaran
dengan melakukan warm-up terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti, latihan, atau pun senaman, ia dapat mengelakkan kecederaan berlaku. Seseorang yang memulakan sebarang aktiviti dengan warm-up menjadikan otot-otot sudah bersedia, otot-otot juga dibiasakan terlebih dahulu dengan aktiviti mencabar dan seterusnya otot-otot yang tegang dikendurkan terlebih dahulu

4. meningkatkan suhu badan
gerak kerja warm-up dapat meningkatkan suhu badan, bagi mereka yang melaksanakan warm-up dengan betul serta mengikut prosedur yang betul sudah pastinya suhu badan meningkat dengan cepat.

No comments:

Post a Comment