Friday, September 11, 2015

Teknik pembacaan perlahan

TUJUAN TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN

  • Untuk membuat analisis
  • Supaya lebih faham
  • Dapat menilai bahan bacaan.
  • Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan.
  • Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan.
TEKNIK TERBAHAGI KEPADA DUA:
  • SQ3R
  • KWLH 
Teknik SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson(1961)
Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
 apa itu SQ3R?

S-SURVEY
Q-QUESTION
R-READ
R-RECITE
R-REVIEW

S-SURVEY 

Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
Baca keterangan, carta dan grafik
Baca rumusan
Melihat bagaimana maklumat disampaikan
Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan




Q-QUESTION

Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
Menyoal; "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
Bersoal jawab dengan rakan-rakan
Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab


R- READ

Baca perlahan pada petikan yang sukar
Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci


R- RECITE

Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan



R- REVIEW


Ulas semula maklumat yang dibaca
Ulas soalan dan jawapan
Buat ulasan nota
Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar




TEKNIK MEMBACA KWLH
 
K (KNOW)- apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (WANT)- apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca)

H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)



TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU
  • Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
  • Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
  • Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
  • Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
  • Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Kelebihan penggunaan peta minda

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.
 Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk  kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

Keunikan Menara Condong Perak

Menara Condong Teluk Intan merupakan tarikan utama yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan, Perak. Justeru, dalam program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada 16 hingga 18 Ogos 2014 yang lalu, kami juga berkesempatan untuk singgah melihat sendiri dan menghargai keunikan senibina Menara Condong Teluk Intan yang bersejarah ini.

 

Sejarah Menara Condong Teluk Intan, Perak

Sejarah Menara Condong Teluk Intan yang memiliki ketinggian 85 kaki dengan 110 anak tangga ini telah dibina pada tahun 1885 dan masih teguh berdiri walaupun telah menjangkau usia lebih 100 tahun. Ia sebenarnya merupakan tangki air untuk bekalan air bersih serta sebagai persediaan sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Selain itu, ia dilengkapi dengan jam sebagai penentu waktu serta pernah berperanan sebagai penunjuk arah kapal-kapal ke Teluk Anson. Bandar ini telah bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan berkuatkuasa 1 Januari 1982.
Menara unik dengan senibina berbentuk pagoda ini mempunyai 3 tingkat walaupun kelihatan seperti 8 tingkat dari luar. Ia pada asalnya didirikan tegak oleh arkitek bernama Leong Choon Chong seperti mana bangunan-bangunan yang lain. Namun ia mula condong setelah berlakunya banjir besar pada tahun 1889 dan 1895 yang menenggelamkan menara tersebut. Antara faktor lain yang turut menyumbang kecondongan adalah disebabkan ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut serta dipengaruhi dengan bebanan tangki menakung air di menara tersebut.    
Menara Condong Teluk Intan ini sudah tidak lagi digunakan dan kini hanya menjadi ‘landmark’ tarikan pelancong yang mengunjungi Bandar Teluk Intan, Perak.

Kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur merupakan proses bertutur juga melibatkan proses mental seperti memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi.

KONSEP BERTUTUR:

1. melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.
2. seoranng penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya      dengan tepat dan berkesan.
3.bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.
4.semasa individu bertutur ia akan menghasilkan bunyi bahasa(intonasi, tekanan,sebutan, dan jeda)

 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN:
1. Sebutan
-mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat.
2. Tekanan
-cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada suku kata atau perkataan atau rangkai kata bagi tujuan penegasan.
3. Mora
-harakat(arab)
-tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu.
4. Jeda
-hentian sementara yang membezakan makna.
5. Intonasi
-menaik, menurun, mendatar yang berbeza-beza mengikut jenis ayat.
6. Nada
-dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik.
7. Tatabahasa
-aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa(fonologi, sintasksis, sematik)
8. Kelancaran
-keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan.

Thursday, September 10, 2015

Komponen Kecergasan Fizikal

Komponen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlet, perlu menguasai kedua-dua bahagian kecergasan ini sekali gus.

1) kecergasan berlandaskan kesihatan
kecergasan berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi empat komponen utama iaitu:

  • daya tahan kardiovaskular atau daya tahan aerobik 
  • kekuatan dan daya  tahan otot
  • kelenturan/fleksibiliti
  • komposisi badan
  • kecergasan berlandaskan perlakuan motor

2) kecergasan berlandaskan perlakuan motor
kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan pencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Kecergasan ini merangkumi enam komponen, iaitu:

  • Kepantasan
  • kuasa
  • koordinasi
  • keseimbangan
  • ketangkasan
  • masa tindak balas

Keperluan memanaskan badan sebelum menyertai aktiviti fizikal yang lasak.

Memanaskan badan atau warming-up merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat lagi. dalam kata lain perkataan warm-up merupakan komponen pentig sebelum melakukan sesuatu latihan. beberapa jenis aktiviti yang berkaitan dengan memanaskan badan ialah aktiviti seperti regangan(streching), kelenturan (flexibility), kalistenik dan sebagainya. Antara tujuan memanaskan badan ialah:

1. menyediakan otot-otot
tubuh badan tidak melakukan sebarang aktiviti akan menyebabkan otot tidak bekerja serta tidak aktif bagi melakukan aktiviti yang lebih mencabar. sehubungan dengan itu, melalui aktiviti warm-up, ia akan menyediakan otot-otot tersebut kepada aktiviti seterusnya.

2. melonggarkan otot-otot yang tegang
otot yang tidak melakukan sebarang aktiviti pada kebiasaannya berada dalam situasi tegang. melalui aktiviti memanaskan badan maka sudah tentu otot akan menjadi kendur dan seterusnya mudaj untuk melakukan aktiviti seterusnya.

3. mengelakkan kecedaran
dengan melakukan warm-up terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti, latihan, atau pun senaman, ia dapat mengelakkan kecederaan berlaku. Seseorang yang memulakan sebarang aktiviti dengan warm-up menjadikan otot-otot sudah bersedia, otot-otot juga dibiasakan terlebih dahulu dengan aktiviti mencabar dan seterusnya otot-otot yang tegang dikendurkan terlebih dahulu

4. meningkatkan suhu badan
gerak kerja warm-up dapat meningkatkan suhu badan, bagi mereka yang melaksanakan warm-up dengan betul serta mengikut prosedur yang betul sudah pastinya suhu badan meningkat dengan cepat.

Monday, August 31, 2015

Pengenalan kemahiran belajar.

                                    

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR:

Cara belajar perlu dikuasai oleh semua pelajar tidak kira masih di bangku sekolah mahupun institut pengajian tinggi(IPT). Hal ini demikian kerana, untuk memastikan setiap individu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan ketika belajar. Dengan adanya kemahiran belajar yang betul pelajar dapat mengatasi kelemahan masing-masing. Antara konsep belajar cara berkesan ialah:

1)latih tubi
2)teknik penghafalan
3)penguasaan belajar di dalam kelas
4)melakukan persediaan sebelum masuk kelas   

Penguasaan pelajaran dalam kelas amat penting memandangkan masa belajar dalam kelas amat terhad termasuk ilmu yang diperoleh juga terhad. maka, pelajar perlu melakukan kajian sendiri bagi menambah ilmu pengetahuan.

                                    
                                                                      
 Pembelajaran juga melibatkan usaha dan inisiatif sendiri untuk berjaya. Antara kepentingan kemahiran belajar adalah:

1) memupuk disiplin ketika belajar
2) meningkatkan daya intelek indidvidu
3) melatih kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
4) pengurusan masa yang berkesan
5) meningkatkan pencapaian individu