Monday, August 31, 2015
Pengenalan kemahiran belajar.
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR:
Cara belajar perlu dikuasai oleh semua pelajar tidak kira masih di bangku sekolah mahupun institut pengajian tinggi(IPT). Hal ini demikian kerana, untuk memastikan setiap individu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan ketika belajar. Dengan adanya kemahiran belajar yang betul pelajar dapat mengatasi kelemahan masing-masing. Antara konsep belajar cara berkesan ialah:
1)latih tubi
2)teknik penghafalan
3)penguasaan belajar di dalam kelas
4)melakukan persediaan sebelum masuk kelas
Penguasaan pelajaran dalam kelas amat penting memandangkan masa belajar dalam kelas amat terhad termasuk ilmu yang diperoleh juga terhad. maka, pelajar perlu melakukan kajian sendiri bagi menambah ilmu pengetahuan.
Pembelajaran juga melibatkan usaha dan inisiatif sendiri untuk berjaya. Antara kepentingan kemahiran belajar adalah:
1) memupuk disiplin ketika belajar
2) meningkatkan daya intelek indidvidu
3) melatih kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
4) pengurusan masa yang berkesan
5) meningkatkan pencapaian individu
Subscribe to:
Posts (Atom)